Bismillahirrahmanirrahiim
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang cara daftar nombor melalui aplikasi Halo Telco terbaru. Untuk pendaftaran menggunakan aplikasi terbaru ini lebih mudah dan langkah yang diberikan juga lebih pendek berbanding aplikasi lama iaitu Halogo Lifestyle. Jom kita semak bagaimana untuk mendaftar nombor dengan aplikasi terbaru.
Aplikasi Terbaru Halo Telco
Sebelum saya kongsikan tentang cara daftar nombor melalui aplikasi Halo Telco terbaru, mohon untuk anda semua untuk muaturun terlebih dahulu aplikasi tersebut di Google Playstore atau Apple App Store. Untuk mengelakkan anda tersilap download, sila klik link di sebelah untuk membawa anda terus memuaturun aplikasi tersebut. Klik sini : DOWNLOAD APLIKASI HALO TELCO. KLIK SINI
Cara Daftar Nombor Melalui Aplikasi Halo Telco Terbaru.
Selepas anda muaturun, sila ikuti langkah-langkah dibawah untuk pendaftaran. Pastikan anda sudah menyediakan dokumen pengenalan diri dan juga simpack anda untuk imbasan selepas ini.
Buka aplikasi Halo Telco dan klik Register Now with Halo Telco

Kemudian, pilih Register a SIM

Pastikan anda sudah sediakan ID dan juga simkad untuk proses selanjutnya dan klik Okay.

Pilih Get a New Number. Kepada mereka yang ingin kekal nombor lama, sila pilih Switch to Halo Telco. Tapi, saya sarankan untuk daftar dahulu dengan nombor sementara, kemudian barulah anda port in nombor lama.

Pilih ESIM atau Physical Simkad

Scan Barkod Simkad anda di sim pack atau di dalam email QR kod ESIM anda.

Isikan email dan alternate contact number dan klik Okay.

Mulakan untuk imbasan dokumen pengenalan diri. Pastikan bilik anda dalam keadaan cerah, dan mohon untuk tidak buka flash light kerana biasanya akan ada pantulan cahaya pada IC menyebabkan sistem tidak boleh membaca IC anda. Hanya perlu buka lampu bilik kemudian scan seperti biasa.

Imbas IC anda. Anda akan lihat terdapat bulatan yang berpusing- pusing ditengah, tunggu sehingga bulatan tersebut berpusing lengkap dan tunjuk ikon betul, barulah anda teruskan pada proses seterusnya.

Namun, jika gagal anda akan mempunyai pilihan untuk penghantaran secara manual. Anda akan upload gambar anda seperti biasa tetapi proses akan mengambil masa dalam tempoh 24-48 jam.

Semak detail anda jika ada kesalahan, anda boleh edit sendiri di dalam ruangan yang diberikan.

Kemudian mula untuk Selfie. Antara tips yang baik adalah pastikan anda berada di bilik yang cerah, tolak sejauh mugkin phone anda untuk selfie,kemudian dekatkan kamera secara perlahan lahan ke muka anda sehingga bulatan ditepi menjadi penuh. Mohon untuk pakai baju.

Selepas itu, pilih empat digit nombor terakhir anda dan selesai.

Selepas sistem menunjukkan pendaftaran sudah selesai. Sila off telefon anda dan masukkan simkad tersebut. Selepas tempoh 5 saat, buka telefon anda dan berikan masa sekitar 1-3 minit untuk peranti mengesan signal simkad. Kemudian anda dial *133# untuk memastikan pendaftaran sudah berjaya.
Kesimpulan
Saya telah menerangkan tentang Cara Daftar Nombor Melalui Aplikasi Halo Telco Terbaru. Ianya lebih mudah dan tidak kompleks seperti aplikasi Halogo Lifestyle. Untuk makluman, aplikasi ini dalam proses untuk penutupan sepenuhnya, dan ianya akan dijalankan secara berfasa. Jika anda ada coin atau duit didalam aplikasi tersebut sila guna atau lakukan pengeluaran ya?
Alhamdulillah.


