Bismillahirrahmanirrahim
Artikel kali ini saya akan tunjukkan cara buat panggilan antarabangsa ataupun dikenali sebagai International Direct Dialing (IDD). Cara ini sama sahaja untuk kebanyakan telco di Malaysia kerana format dan exit code sesuatu negara telah ditetapkan. Walaupun anda pengguna Halo Telco, Celcom atau Maxis, exit code tetap sama kerana kita berada di dalam negara yang sama.
Cara Buat Panggilan Antarabangsa
Caranya mudah sahaja. Anda cuma perlu dial nombor telefon diluar negara seperti biasa, namun anda harus letakkan simbol + ataupun nombor 00 dihadapan nombor tersebut. Kemudian diikuti dengan area code negara tersebut disertai dengan nombor telefon individu tersebut. Sila lihat contoh dibawah untuk kefahaman.
- Nombor telefon Indonesia : 622126624747 (landline), 6282399991234 (mobile phone)
- Masukkan sama ada + atau 00 : +622126624747 , +6282399991234 atau 00622126624747 , 006282399991234
- Selepas itu tunggu sahaja nada deringan yang menunjukkan panggilan itu telah berjaya.
Caj Panggilan Antarabangsa oleh Tunetalk
Caj yang dikenakan bergantung kepada negara. Berikut adalah antara 10 negara yang popular digunakan untuk buat panggilan IDD. Untuk maklumat penuh sila layari disini.
NEGARA | CAJ |
Indonesia | Talian tetap : RM 0.22 / min Talian telefon : RM 0.22 / min |
Thailand | Talian tetap : RM 0.34 / min Talian telefon : RM 0.34 / min |
Singapura | Talian tetap : RM 0.20 / min Talian telefon : RM 0.27 / min |
Brunei | Talian tetap : RM 0.20 / min Talian telefon : RM 0.40 / min |
Filipina | Talian tetap : RM 0.56 / min Talian telefon : RM 0.56 / min |
Vietnam | Talian tetap : RM 0.30 / min Talian telefon : RM 0.30 / min |
Myanmar | Talian tetap : RM 0.88 / min Talian telefon : RM 0.88 / min |
Kemboja | Talian tetap : RM 0.28 / min Talian telefon : RM 0.28 / min |
Laos | Talian tetap : RM 0.78 / min Talian telefon : RM 0.78 / min |
China | Talian tetap : RM 0.28 / min Talian telefon : RM 0.28 / min |
Masalah Yang Dihadapi Semasa Lakukan Panggilan Antarabangsa
Selain mengetahui cara buat panggilan antarabangsa, anda juga harus tahu mengapa kadang-kadang panggilan tersebut gagal. Berikut adalah antara sebab yang biasa berlaku dan cara penyelesaiannya.
- Nombor yang dihubungi sudah tidak aktif
- Nombor anda tidak mempunyai baki kredit. Topup untuk buat panggilan IDD
- Servis IDD tidak diaktifkan. Hubungi Tunetalk untuk aktifkan servis IDD
- Salah masukkan format. Semak semula format sebelum buat panggilan
- Nombor yang dihubungi tidak cukup atau terlebih digit
- Isu rangkaian sama ada di kawasan anda atau di tempat penerima. Restart phone dan On/Off airplane mode.
Kesimpulan
Saya baru sahaja menerangkan tentang cara buat panggilan antarabangsa untuk Tunetalk. Secara amnya, ia boleh digunapakai untuk semua telco kerana Exit Code adalah sama iaitu + ataupun 00. Namun, jika ada masalah yang dihadapi semasa panggilan dilakukan, cuba rujuk semula info yang saya berikan seperti diatas.
Alhamdulillah