Bismillahirrahmanirrahiim
Hari ini saya akan berkongsi tentang cara beli plan Tunetalk melalui Halo Telco. Kepada anda yang sudah top up tetapi tidak tahu bagaimana untuk membeli plan di Halo Telco, panduan ini adalah untuk anda. Saya akan terangkan kaedah pembelian plan ini melalui tiga cara iaitu USSD kod, SMS dan juga melalui aplikasi. Sila download aplikasi Halogo Lifestyle di Google atau Apple Playstore.
Cara Beli Plan Tunetalk Melalui Kod USSD
Cara ini paling mudah kerana ia tidak memerlukan internet dan tiada kos tambahan yang dikenakan. Sila ikuti langkah dibawah bagi tujuan pembelian data plan :
- Dial *111#
- Pilih No. 3 (Plans)
- Pilih jenis plan anda (Harian, Mingguan, Bulanan etc)
- Pilih plan yang anda inginkan. Tariff Epik dan Tariff Jimat mempunyai plan yang berbeza
- Pilih No.1 (Confirm)
Kemudian anda akan mendapat pengesahan langganan pelan tersebut dan boleh melayari internet seperti biasa.
Cara Beli Plan Tunetalk Melalui SMS
Kepada anda yang malas untuk navigate menu, boleh gunakan kaedah SMS. Namun masalah kaedah SMS ini adalah format tidak boleh salah walaupun terlebih spacing waktu taip kod SMS tersebut. Dibawah adalah cara-caranya.
- Buka aplikasi SMS
- Taip kata kunci dan hantar ke 2222
Dibawah adalah senarai kata kunci untuk pelan-pelan Tunetalk bersama Halo Telco
PELAN | KATA KUNCI |
Epik 50 | EPIK50 |
Epik 45 | EPIK5G45 |
Epik 35 | EPIK35 |
Epik Call 20 | EPIKCALL20 |
Best Basic 28 | BESTBASIC28 |
Tahunan 200 | TAHUNAN200 |
Tahunan 99 | TAHUNAN99 |
Bebas 55 | Bebas55 |
Fokus 40 | Fokus40 |
Fokus 33 | Fokus33 |
Hi 35 | Hi35 |
Hi 15 | Hi15 |
Cara Beli Plan Tunetalk Melalui Aplikasi Halo Telco
Kepada anda yang mempunyai aplikasi Halogo Lifestyle, anda boleh terus membeli plan di dalam aplikasi. Berikut adalah kaedah pembelian data plan di dalam aplikasi :
- Log masuk aplikasi
- Klik Selfcare
- Klik Subscribe atau Hotseller, kemudian See All
- Pilih jenis plan
- Klik confirm untuk pembelian
- Klik Yes untuk mengesahkan pembelian.
- Masukkan nombor kod pin
- Anda akan menerima resit pembelian
- Pelan yang dibeli akan terpampang di dalam aplikasi bahagian Selfcare









Kesimpulan
Saya telah menerangkan tentang cara beli data plan tunetalk melalui aplikasi Halo Telco. Secara amnya, semua pelan yang diberikan akan auto renew selagi mana anda mempunyai baki kredit yang mencukupi. Auto renew akan berlaku 1 hari selepas data plan tamat tempoh pada jam 0001H-0130H. Jika auto renew gagal, anda harus membeli plan sekali lagi secara manual.
Alhamdulillah