Bismillahirrahmanirrahiim
Hari ini saya akan berkongsi dengan anda semua kaedah alternatif untuk login ke dalam aplikasi Tunetalk sekiranya anda mempunyai masalah untuk mendapatkan OTP. Caranya sangat mudah, anda hanya perlu gunakan email sahaja dan kod OTP akan dihantarkan kepada email yang berdaftar. Oleh itu, penting untuk anda masukkan email anda semasa pendaftaran.
Cara Alternatif Login Masuk Aplikasi Tunetalk
PERTAMA : Masukkan nombor telefon dan klik Login with OTP

KEDUA : Klik Resend with Another Method

KETIGA : Pilih Email

KEEMPAT : Semak email di dalam inbox atau spambox. Kod OTP akan dihantar ke email yang berdaftar. Kod sah untuk tempoh 5 minit.

KELIMA : Anda berjaya login ke dalam aplikasi.

Kesimpulan
Saya telah menerangkan kepada anda cara alternatif login masuk aplikasi Tunetalk. Dengan kemaskini terbaru ia menjadikan urusan anda lebih mudah kerana nombor OTP anda boleh dihantar ke email sekiranya anda mempunyai masalah untuk menerima SMS OTP dari Tunetalk. Alhamdulillah.
Cara Tutup Call Forwarding


