Bismillahirrahmanirrahiim
Di dalam dunia digital yang pantas ini, hotspot bukan lagi satu pilihan, malah telah menjadi keperluan yang hampir menjadi wajib. Ia bukan lagi sumber kemewahan seperti zaman 2010 yang lalu. Tidak kisah apa jua yang kita lakukan contoh untuk urusan perniagaan, pelajaran atau cuma meluangkan masa di media sosial, Hotspot adalah alternatif terbaik jika tiada Wifi atau Wifi bermasalah.
Artikel kali ini akan menerangkan apa itu hotspot serta perkara teknikal yang berkait dengannya.
Apa itu Hotspot Internet
Hotspot – Suatu fungsi yang membenarkan untuk sesuatu data mudah alih dari telefon dikongsikan dengan peranti lain seperti laptop, CCTV, tablet atau telefon lain yang tiada internet. Ada juga yang menyebut hotspot ini sebagai mini router. Ianya boleh dilakukan melalui tiga medium
- Wifi Hotspot
- USB Tethering
- Bluetooth Tethering
Dan, yang selalu kita gunakan di telefon adalah Wifi Hotspot.
Kelebihan Menggunakan Hotspot
Selain anda mengetahui apa itu hotspot, perlu anda kenalpasti kelebihan yang ditawarkan dengan sambungan Hotspot. Jom kita semak satu per satu kebaikan fungsi ini.
- Mudah dan Fleksibel : Anda hanya perlu on kan sahaja fungsi hotspot di telefon mudah alih anda dan boom terus boleh guna macam biasa. Tidak perlu sambungan kabel dan sebagainya. Setting juga cukup mudah untuk anda fahami.
- Sesuai untuk kerja sementara : Disebabkan sifat nya yang bersifat mobile, anda boleh gunakannya sebagai sambungan sementara ketika diluar rumah. Katakan anda ingin lakukan pekerjaan menggunaan laptop di cafe, anda hanya perlu on sahaja fungsi Hotspot dan sambungkan ke laptop anda.
- Jimat Kos : Secara amnya hotspot lebih murah berbanding sambungan kabel. Bayangkan jika anda ingin beli satu sambungan fiber, anda perlu ikat kontrak sehingga 2 tahun dan perlu bayar bermula dengan harga RM 89 keatas untuk mendapatkan sambungan. Jika dibanding dengan hotspot seperti pelan EPIK 50 dengan 350 GB, anda hanya perlu bayar RM 50 sahaja untuk dapatkan sambungan internet.
Secara amnya, penggunaan Hotspot sangat sesuai untuk kegunaan solo, kaki travel dan juga penggunaan sementara. Walaupun begitu, ada antara kita yang sudah mula menggantikan Wifi dengan Hotspot disebabkan kelajuan signal mobile data yang semakin baik dengan kelajuan yang semakin tinggi. Ia tidak dinafikan sama sekali.
Kesimpulan
Saya telah menerangkan apa itu hotspot serta kelebihan menggunakannya. Buat masa ini hotspot bukanlah pengganti mutlak untuk kegunaan internet yang berat namun, jangkaan saya trend hotspot sebagai wifi di rumah akan menjadi semakin tinggi dengan plan plan yang lebih powerful seperti plan Epik Halo Telco yang kini ditawarkan di pasaran.
Gunakan hotspot dengan bijak — barulah internet jadi lancar, bukan punca stres.

