Bismillahirrahmanirrahiim
Hari ini saya akan terangkan lebih lanjut apa itu Halo Club. Mesti anda tertanya-tanya apa yang dimaksudkan dengan Halo Club. Kadang-kadang, diantara dealer-dealer pun ada yang tidak tahu mengenai perkara ini. Anda boleh semak semua info berkenaan dengan Halo Club di aplikasi Halogo Partner dibawah Benefit.
Apa itu Halo Club
Ia adalah salah satu program yang diperkenalkan oleh pihak Halo Telco yang mana ia bakal memberikan banyak bantuan kepada dealer-dealer yang komited ingin menjalankan perniagaan bersama Halo Telco. Jom kita tengok satu per satu . Dengan meletakkan sedikit sasaran jualan SIMKAD ia sekaligus memberikan sedikit motivasi kepada dealer untuk lakukan penjualan kepada orang ramai.
Kelebihan Halo Club
Secara amnya, apabila anda menjadi salah seorang ahli Halo Club, anda bakal mendapat keistimewaan seperti dibawah.
- Layak untuk memohon menjadi Easy Go Partner yang mana anda boleh mendapat komisen atas jualan simkad sebanyak 0.5% selain untung runcit.
- Layak untuk mendapat subsidi kos pengiklanan melalui program Halogo Commerce
- Diberikan keutamaan untuk menyertai mana-mana jelajah dari HQ.
Selain mengetahui apa itu Halo Club, dibawah adalah syarat-syarat untuk apply menjadi ahli Halo Clube
- Menjadi rakaniaga selama 3 bulan keatas
- Menumpukan jualan hanya kepada produk Halo Telco sahaja di platform online
- Menggunakan frame atau badge profile Halo Telco di avatar Facebook
- Sasaran jualan simkad adalah sebanyak 2 sim sahaja setiap bulan.
Cara Memohon Menjadi Ahli Halo Club
Selepas anda menjadi agent, sila login ke dalam aplikasi Halogo Partner dan ikuti langkah dibawah.
- Login ke Halogo Partner
- Klik pada Selfcare > More
- Pilh Halo Club Application
- Isikan semua maklumat dan klik anak panah



Proses kelulusan biasanya akan mengambil masa dalam tempoh 24-48 jam. Sila semak di bahagian notifikasi untuk ketahui sama ada sudah berjaya atau tidak. Selepas berjaya, anda akan menerima satu gambar profile badge dan gunakan profile badge tersebut di avatar Facebook anda. Sila setkan facebook anda kepada public untuk geng-geng BDM Halo Telco mengesahkan penggunaan profile badge tersebut.

Kesimpulan
Saya telah menerangkan tentang apa itu Halo Club. Bagi saya ia adalah program yang sangat baik kerana ada sedikit pressure KPI disitu iaitu jualan simkad sebanyak 2 unit setiap bulan. Jumlah ini adalah jumlah yang achievable dan logik untuk dicapai bagi mereka yang lakukan secara part time apa lagi secara full time. Sekian terima kasih.
Alhamdulillah