Bismillahirrahmanirrahiim
Hari ini saya berkesempatan untuk berkongsi dengan anda semua apa itu FUP internet. Iya lah, anda mesti tertanya-tanya kebanyakan pelan-pelan internet yang ditawarkan akan datang bersama dengan FUP. Artikel kali ini kita akan kupas sedalam-dalamnya untuk mengenalpasti fungsi FUP ini di dalam pelan anda.
Apa itu FUP Internet
FUP ataupun Fair Usage Policy adalah satu hak kesaksamaan penggunaan data dikalangan semua pengguna. Untuk makluman, semasa anda menggunakan internet, anda menggunakan shared bandwidth yang mana semua pengguna menggunakan bandwidth internet yang sama. Sebab itulah jika waktu malam sahaja internet anda mungkin akan menjadi perlahan kerana ramai orang menggunakan internet dalam masa yang sama.
Kesan FUP kepada Pelan Anda
FUP ini diperkenalkan agar ianya bersifat adil untuk semua pengguna. Ya, kesemua plan yang ditawarkan adalah unlimited data, iaitu anda boleh guna tanpa had tetapi itu untuk kuota data. Namun, ia tidak kepada kelajuan. Apabila anda telah mencapai had kuota FUP, biasanya kelajuan anda akan diperlahan kan kepada 512 kbps sehingga 1 Mbps. Dengan kelajuan ini, anda hanya boleh membuka laman web, menghantar email dan juga Whatsapp atau Telegram.
Ini juga akan memberikan peluang yang adil kepada pengguna yang tidak dapat menggunakan data pada kelajuan yang tinggi. Apabila kelajuan anda telah diperlahankan secara tidak langsung bandwidth yang anda gunakan adalah kecil. Oleh itu, baki bandwidth yang sedia ada boleh dikongsi kepada mereka yang masih lagi mempunyai kuota yang banyak.
Pandangan Am Berkenaan FUP
Secara amnya, FUP ini adalah baik untuk mengawal trafik dan memberikan kelajuan yang saksama kepada semua pengguna. Namun, FUP yang terlampau kecil juga tidak baik kerana ia seperti menunjukkan bahawa telco tersebut cuba mengongkong atau menjadi kedekut dengan data yang sedia ada. Oleh itu, andalah yang harus menentukan sama ada pelan itu berbaloi ataupun tidak.
Kesimpulan
Saya telah jelaskan tentang apa itu FUP internet di dalam pelan internet anda. Ada yang datang FUP 50 GB, FUP 60 GB dan sebagainya. Dalam erti kata lain, ia adalah kuota untuk anda gunakan dengan kelajuan internet yang tinggi. Semak pelan anda semula dan pastikan ianya berbaloi dengan wang yang anda telah belanjakan. Sekian terima kasih.
Alhamdulillah.


