Bismillahirrahmanirrahiim
Hari ini saya berkesempatan untuk menerangkan tentang apa itu Easy Go Partner Halo Telco. Dalam sistem dealership halo telco ada banyak, bermula sebagai User Partner, Executive Partner, Super Partner, Easy Go Partner dan juga Concept Store. Jadi saya akan jelaskan berkenaan dengan Easy Go Partner dahulu. Jom kita baca.
Apa itu Easy Go Partner Halo Telco
Ia adalah satu program yang diperkenalkan oleh pihak Halo Telco kepada dealer-dealer yang berminat untuk melebarkan lagi sayap perniagaan mereka. Dengan menjadi seorang Easy Go Partner, mereka berpeluang untuk mendapatkan komisen sebanyak 0.5% atas jualan simkad kepada orang ramai. Ini tidak termasuk untung runcit ya?
Katakan anda mengambil sebanyak 100 simkad dan berjaya untuk jualkan kesemuanya. Untung runcit adalah sebanyak RM 0.50 untuk sekeping simkad dan anda telah berjaya mendapat RM 50 ditambah dengan komisen 0.5% sebanyak RM 2.50 dari jumlah jualan 100 simkad iaitu RM 500. Oleh itu, jumlah keseluruhan keuntungan dari jualan 100 simkad adalah RM 52.50.
Syarat Untuk Menjadi Easy Go Partner Halo Telco
Berikut adalah syarat yang ditetapkan oleh pihak Halo Telco untuk menjadi Easy Go Partner.
- Sudah menjadi ahli Halo Club
- Berumur 18 tahun ke atas
- Komisen terkini berjumlah RM 3,000 ke atas
- Menjadi rakaniaga sekurang-kurangnya 3 bulan
- Terhad kepada 500 permohonan terawal sahaja.
Selepas anda melepasi syarat dan berjaya menjadi Easy Go Partner, anda boleh lah menjual simkad seperti biasa sama ada melalui kenderaan beroda 4, membuka kedai ataupun secara rambo (pacak banner sambil menjual). Namun anda harus memastikan KPI bulanan dicapai agar kelayakan Easy Go Partner anda tidak terlucut ya? Anda cuma perlu menjual sebanyak 10 keping simkad yang telah diaktifkan bersama plan dari Tunetalk Halo Telco. Itu sahaja.
Bagi yang menggunakan kereta, anda harus mempunyai imej Halo Telco seperti pelekat kenderaa Halo Telco yang mana boleh memaparkan anda membawa jenama tersebut. Anda juga tidak boleh membawa imej syarikat telekomunikasi lain semasa sedang mempromosikan Halo Telco.
Bagi yang menggunakan kedai pula, kedai harus beroperasi dari 9am hingga 6 pm dan mendirikan bunting Halo Telco di kedai tersebut. Lokasi juga haruslah strategik dan mempunyai SSM yang sah.
Sekiranya anda berminat untuk menjadi salah seorang Easy Go Partner Halo Telco, anda boleh emailkan semua maklumat akaun dealer anda kepada support@halogo.my. Pihak email Halo Telco akan segera membalas email tersebut.
Kesimpulan
Saya telah menerangkan dengan lebih lanjut apa itu Easy Go Partner Halo Telco. Saya doakan kepada mereka yang sedang menceburi perniagaan ini akan diberikan rezeki yang melimpah ruah. Inshaa ALLAH. Amiin.
Alhamdulillah