Cara Kekal Nombor Lama Di Halo Telco

Cara Kekal Nombor Lama Di Halo Telco

Bismillahirrahmanirrahiim

Hari ini saya akan menerangkan tentang cara bagaimana untuk kekalkan nombor lama anda di Halo Telco. Mungkin anda berminat dengan pelan yang ditawarkan oleh Halo Telco tetapi masih lagi ingin mengekalkan nombor lama. Jangan risau, ianya boleh dilakukan melalui satu proses yang dinamakan sebagai Mobile Portability Number (MNP). Sila ikuti langkah-langkah seperti dibawah.

Cara Kekal Nombor Lama di Halo Telco

PERTAMA : Klik Register Now with Halo Telco

KEDUA : Klik Register a SIM

KETIGA : Klik Okay

KEEMPAT : Klik pada Switch to Halo Telco, kemudian pilih nama telco asal dan nombor telco lama anda.

KELIMA : Pilih jenis SIM anda kemudian klik Okay.

KEENAM : Masukkan email dan alternate contact number. Jika tiada alternate contact number, masukkan sahaja 123456789 dan email abcd@gmail.com. Kemudian klik Okay.

KETUJUH : Klik pada Verify Me

KELAPAN : Klik Allow

KESEMBILAN : Klik Allow, kemudian klik Verify Me. Sila pastikan anda imbas IC atau passport Original. Sekiranya sistem tidak dapat kesan, jangan risau, akan ada butang Manual Submission. Klik pada Manual Submission dan isikan semua maklumat secara manual.

KESEPULUH : Sila berikan selfie paling manis.

KESEBELAS : Pilih mana-mana nombor sementara. Selepas port in berjaya, nombor lama akan menggantikan nombor sementara ini. Jangan risau.

Kesimpulan

Proses untuk pengekalan nombor lama akan mengambil masa dalam tempoh 24-48 jam hari bekerja. Oleh itu, sila masukkan simkad telco lama dan balas SMS pengesahan yang diberikan berdasarkan format serta tempoh yang diberikan. Selepas balas, semak sahaja signal simkad telco lama. Jika sudah tiada signal ia bermaksud permohonan kekal nombor lama telah berjaya.

Alhamdulillah.

Cara Alternatif Login Masuk Aplikasi Tunetalk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *